Latest Games :
Home » » REMAJA.....STATUS YANG DIPERSOALKAN

REMAJA.....STATUS YANG DIPERSOALKAN

Selasa, 14 Mei 2013 | 0 komentar


Runtuhnya moral akhlak remaja kini menjadi persoalan yang masih belum ditemui jalan kesudahannya. Bilamana di sebut tentang etika dan tatasusila yang buruk serta kurang sopan, pasti golongan remaja yang menjadi target jua sasaran utama untuk dihalakan picu kesalahan. Ya…jika dilihat pada situasi yang berlaku kini, remaja yang akan dipersalahkan. Namun, pena pada kali ini ingin membawa sidang pembaca sekalian ke arah satu pemikiran di balik tabir yang terselindung agar dapat sama-sama kita selidiki juga mencari jalan penamatnya agar masalah keruntuhan moral remaja yang kian membarah ini dapat dinoktah penamatkan.

Pena sendiri mengakui akan permasalahan yang berlaku kini bilamana pena sendiri mengajukan soalan ini kepada bonda pena. Apakah permasalahan yang dikaitkan dengan remaja kini?? Jawabnya, sudah tentu persoalan aqidah juga runtuhnya nilai moral akhlak dan kesopanan.

Aqidah. Bila kita bercakap mengenai aqidah, pasti sidang pembaca tidak lupa peristiwa-peristiwa hitam yang menular di dada remaja kini. Kita digemparkan dengan pelbagai aqidah dan budaya songsang seperti black metal, skin head , apatah lagi dengan sisters in islam,juga yang terbaru mengenai peristiwa penolakan fatwa haramnya pengkid. Sungguh biadab jua kurang ajarnya golongan remaja kini. Ini belum kita kaitkan dengan budaya rempit, lepak, pergaulan bebas. Huh…!!!!! Ya….semuanya dikaitkan dengan remaja. Remaja.


Kepentingan akhlak mulia dalam ISLAM tidak perlu lagi dipertikaikan. Rasulullah saw telah menjelaskan tujuan utama dari kebangkitan baginda menjadi rasul dan tujuan dakwahnya dalam sabdanya yan bermaksud: "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk melengkapkan budi pekerti yang mulia" Seolah-olah kerasulan baginda yang telah meninggalkan kesannya yang nyata dan mendalam dalam sejarah manusia dan dengan segala kesungguhannya yang ditumpukan dalam perjuangannya menegakkan dakwahnya serta menyatupadukan manusia disekelilingnya tidak bertujuan selain dari meneguhkan binaan budiperketi mereka dan membukakan pintu kesempurnaan kepada mereka agar mereka berjalan dan memasukinya dengan penuh kesedaran Selain ibadat yang diwajibkan dalam Islam yang menjadi sebagai rukun yang wajib dipercayai bukanlah sebagai upacara-upacara yang kabur dan yang menggabungkan manusia dengan kuasa ghaib dengan tidak diketahui asal-usulnya sambil mewajubkan ke atasnya kerja-kerja dan gerak-geri yang tidak difahami akan maksudnya dan tujuannya. Tidak sekali-sekali demikian!! Segala fardu yang diwajibkan oleh Islam ke atas penganut-penganutnya itu semuanya merupakan latihan-latihan yang teratur yang diulang-ulang untuk membiasakan diri seorang itu hidup atas akhlak budiperkerti yang lurus dan seterusnya ia dituntut berpegang teguh dengan akhlak itu walau apa pun perubahan yang berlaku dalam keadaan hidupnya......... Amalan-amalan lebih merupai latihan-latihan riadah yang dilakukan oleh seseorang dengan bersungguh-sungguh dan tekun serta teratur demi untuk kesihatan badan dan keselamatan hidupnya. Kitab suci Al-Quran dan sunnah Nabawiah menerangkan dengan jelasnya hakikat ini. Ketika Tuhan mewajibkan fardu sembahyang Ia menjelaskan hakikatnya dalam firmanNya yang bermaksud: "Dirikanlah olehmu akan sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu menegah dari perbuatan keji dan mungkar" Menjauhkan diri dari segala perbuatan yang keji dan membersihkan diri dari kekotoran tutur-kata dan perbuatan itulah yang menjadi intisari hikmat sembahyang.


Akhlak juga iman adalah perkara yang tidak mungkin dapat dipisahkan.Iman adalah suatu tenaga yang mempertahankan diri dari segala kerendahan dan keburukan dan mendorongnya kepada segala rupa kemuliaan. Dengan sebab itu Allah swt ketika menyeru hamba-hambaNya agar melakukan kebaikan atau menegah dari kejahatan, telah menggantungkan dia atas kadar iman yang ada di dada mereka. Tidakkah kita selalu jumpai dalam Quran seruanNya yang bermaksud: "Wahai mereka yang beriman ......." kemudian baharu dinyatakan atau disebutkan apa-apa arahan atau perintahNya, misalnya "...... bertakwalah kamu kepada Allah dan jadikan diri kamu dari golongan orang-orang yang benar" Junjungan Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa iman yang teguh itu tetap memerlukan budipekerti yang teguh dan kemerosotan akhlak puncanya ialah kelemahan iman atau ketiadaan langsung, menurut keadaan kejahatan yang dilakukan itu dari segi besar atau kecilnya. Orang yang mukanya tebal (tak malu) dan serong perjalanan hidupnya melakukan segala perbuatan keji tanpa menghiraukan siapa-siapa telah disifatkan oleh junjungan Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud: "Malu dan Iman itu adalah dua sifat (sebagai teman) seiring jalan. Jika diangkat (ditarik) salah satunya nescaya yang satu lagi akan turut sama".


Ikhtatimnya, pena ingin mengilhamkan kepada para ibu jua bapa agar menanamkan akhlak yang mulia kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Bagi pena, penyelesaiannya Ibu bapa perlulah membekalkan sahsiah jua iman kepada anak-anak seperti mana mereka membekalkan duit poket kepada anak-anak ketika hendak ke sekolah.Duhai ibu jua bapa sekalian, laksanakan tanggung jawab anda sekalian. Jangan anda pula akan dipersalahkan bilamana anak anda melakukan perkara yang melampaui jangkauan tiap fitrah insani.
Share this article :

Tidak ada komentar:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Hanya Di Sini™ - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger